Monday, November 2, 2009

ulama dan kependekaran

amanah dan tugasan aku kali ini ialah untuk menyediakan treatment/skrip untuk sebuah klip promo bergayung...bukan gayung mandi..hehe..silat la...

uniknya ialah,silat yang yang di beri nama 'Silat Gayung Pendita' ini adalah diasaskan seorang pendita/ulama masakini yang mempunyai hubung kait yang rapat dengan kebanyakan pendekar/pahlawan silam seperti Tok ku Paloh,Dato Bahaman Megat Seri Rama dan seterusnya....

Betuah badan dapat menggalas tugasan sebegini...

Yang ingin di ketengahkan ialah kesinambungan antara ulama dan kependekaran yang makin ditinggalkan oleh kita...bukan kah Nabi Junjungan kita sendiri merupakan seorang pahlawan/pendekar yang ulung...?

mengapa pula kita pada hari ini meremehkan usaha sesetengah pihak dalam menyampaikan ilmu ilmu lama peninggalan tokoh ilmuan,ulama dan pendekar lampau...?

apa yang penting, di harapkan kebanyakan pertubuhan silat masakini..sila lah pastikan ajaran yang diberi merupakan yang 'haq' dan lurus mengikut syarak...tolak lah segala unsur jampi serapah dan berurusan dengan khadam...dosa tu...

Thursday, October 29, 2009

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

tidak terjangkau akal dan pemahaman kita akan Maha pengasihnya Allah...tanpa perlu meminta Dia memberi..tanpa mengenali Nya, kita masih memperoleh rahmat Nya...Nyatalah, kita masih belum layak membahaskan isu taqwa ataupun cinta kepada yang Haq...namun,bukan bererti kita tak perlu mencari jalan Nya...

Apa yang dapat aku nyatakan disini hanya lah betapa beruntungnya setiap hamba Allah yang di tunjukkan dan dibukakan pintu hatinya untuk terus menerus mencari keredhoan Nya...

Walaupun kita masih dalam kesesatan dan kegelapan,hati lalai mengingati Allah..namun Dia masih lagi memberi peluang kita memijak bumi Nya ini...

"Ya Allah...ampunilah kami dengan keampunan Mu yang sesempurnanya.."